Wednesday, March 10, 2010

Budaya hedonisme merosakkan remaja Islam

Apa itu budaya hedonisme ??
Hedonisme menurut pengertian kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup..Manakala Drs Sudarsono dalam bukunya Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja terbitan Bina Aksara pula mengatakan Hedonisme sebagai doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan. Ia beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah mendatangkan kelazatan atau nikmat.. Dalam Erti kata lain mereka beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan merupakan tujuan akhir hidup.
Dengan falsafah yang menunjangi fikiran remaja, remaja akan sukar untuk mengikut cara hidup mengikut lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam. Sedarlah remaja... kembali kepada tujuan utama kita dijadi. Tujuan kita dicipta adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Baca lagi....


Monday, March 8, 2010

Modul Latihan Sains 3

Salam,

Cikgu telahpun muatkan modul latihan 3. Diharapkan anak didik cikgu dapat siapkan pada hujung minggu ni. klik untuk muat turun latihan.....

Sekian Wassalam

Tuesday, March 2, 2010

::JAWAPAN MODUL LATIHAN 2::

Soalan 1:
a) semakin tebal kanta cembung semakin jauh jarak fokus kanta cembung
b) Untuk mengkaji hubungan antara ketebalan kanta cembung dengan jarak fokus

Soalan 2:
a) (i) 0.4A
(ii) Elektrik boleh mengalir melalui leburan plumbum bromida
b) Keadaan Plumbum bromida
c) Leburan Plumbum bromida boleh mengkonduksi eletrik
d)Tiada bacaan

Soalan 3:
a) Antibiotik A menghalang bakteria tumbuh
b) Pemboleh ubah dimanipulasi : jenis antibiotik
Pemboleh ubah bergerakbalas : Luas kawasan jernih
c) Antibiotik ialah bahan yang boleh menyebabkan terbentuk kawasan jernih