Sunday, May 23, 2010

Scientific skill : Observation (Pemerhatian)

Menggunakan deria (dengar, lihat, rasa, bau dan sentuh) untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu gerakbalas eksperimen atau fenomena.

Dalam menjawab peperiksaan SPM, pelajar mesti menulis apa yang dilihat dalam bentuk perbandingan.
Biasanya ia adalah hasil /keputusan eksperimen atau merujuk kepada Pembolehubah bergerak balas.

contoh ; Lekuk P lebih dalam berbanding lekuk Q.

Monday, May 10, 2010

Kemahiran membuat hipotesis

Hipotesis ialah satu penyataan umum tentang hubungan antara pembolehubah dimanipulasi (PM) dengan pembolehubah bergerak balas (PG) dan penyataan tersebut boleh diuji.

Kebanyakkan guru mengajar pelajar membuat hipotesi dengan 2 format iaitu;
a) semakin (PM) semakin (PG)
b) Jika (PM) maka (PG)
sebanarnya hipotesis boleh ditulis tanpa semakin atau jika maka. Yang penting ada 2 pemboleh ubah.

Format semakin .. semakin , sesuai digunkan jika ujikaji melibatkan nombor.

...akan bersambung.

sekian