Saturday, February 27, 2010

::TEGURAN WARDINA KEPADA GOLONGAN MUDA DAN ARTIS HARUS DIAMBIL SERIUS

Pertubuhan Jamaah Islah (JIM) menyokong sepenuhnya saranan pelakon, pengacara dan personaliti TV Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot agar masyarakat khususnya golongan remaja hari ini tidak terlalu ghairah menjadikan artis dan selebriti sebagai ikon atau idola untuk dicontohi. Beliau dilaporkan mengemukakan saranan tersebut ketika menjadi salah seorang ahli panel yang mengupas tajuk ` Selebriti sebagai Ikon Masyarakat’ dalam program bual bicara anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu minggu lepas. Menurut beliau juga, dunia artis serta hiburan lebih banyak dipenuhi dengan keburukan daripada kebaikan dan hanya bersandarkan keseronokan.


Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj

Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Thursday, February 18, 2010

Tuesday, February 16, 2010

JAWAPAN MODUL LATIHAN 1

Contoh jawapan Modul Latihan 1:
1. Dimalarkan : jenis bakteria
Dimanipulasi : jenis antibiotik
Bergerakbalas : Saiz kawasan jernih
2. Dimalarkan : jenis daun
Dimanipulasi : panjang daun
Bergerakbalas : Bilangan daun
3. Dimalarkan : jenis bubur nutrien
Dimanipulasi : suhu
Bergerakbalas : Kekeruhan bubur
4. Dimalarkan : Ketinggian yang sama
Dimanipulasi : jisim tin
Bergerakbalas : masa ayunan
5. Dimalarkan : jenis kultur bakteria
Dimanipulasi : keamatan cahaya
Bergerakbalas : kekeruhan bubur
6. Dimanipulasi : masa / jenis logam
Bergerakbalas : isipadu gas hidrogen
Dimalarkan : jisim logam
7. Dimanipulasi : jenis campuran kultur
Bergerakbalas : saiz akhir anak benih
Dimalarkan : saiz awal anak benih
8. Dimalarkan : jenis bakteria
Dimanipulasi : kepekatan penisilin
Bergerakbalas : saiz kawasan jernih
9. Dimalarkan : jisim pemdulum
Dimanipulasi : panjang pendulum
Bergerakbalas : masa ayunan
Catatan: ada jawapan lain yg boleh diterima. Sila bicang dengan saya

Monday, February 15, 2010

Jauhi Valentine Day



Petikan dari kenyataan NGO ISLAM
"Wanita JIM Selangor ingin mengingatkan bahawa sambutan Hari Valentine bukanlah budaya yang dianjurkan oleh Islam dan usaha sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyarankan kempen yang keji ini sangat menyedihkan. Reaksi para pelajar berkenaan mengenai kempen tersebut jelas menunjukkan bahawa pemuda-pemudi di negara ini masih keliru dengan pernyataan cinta sejati dan tidak dapat membezakannya dari hawa nafsu syahwat. Golongan muda-mudi di negara ini harus diingatkan kembali agar terus menjaga maruah diri masing-masing dan tidak menggadaikannya dengan harga yang murah. Kelebihan akal manusia yang dikurniakan Allah s.w.t. sepatutnya digunakan sebaik mungkin dalam membuat pertimbangan mengenai baik-buruknya sesuatu tindakan.

Wanita JIM Selangor berharap agar semua pelajar wanita terutamanya golongan Muslim menjauhi promosi ini dan tidak diperbodohkan oleh saranan dangkal tersebut. Kempen ini jelas bertentangan dangan ajaran Islam dan bercanggah dengan amalan murni dalam masyarakat madani.

Wahai para gadis, jangan cemari intelektual dan maruah anda dengan menyertai promosi keji ini!"

Dr Ruziaton Hasim

Ketua Wanita JIM Selangor

Tuesday, February 9, 2010

Monday, February 8, 2010

TIP KEMAHIRAN SAINTIFIK : MENGAWAL PEMBOLEHUBAH

Terdapat 3 pembolehubah iaitu Pembolehubah dimalarkan,Pembolehubah dimanipulasi dan Pembolehubah bergerakbalas.
a. Pembolehubah dimalarkan;
- sama / tetap
b. Pembolehubah dimanipulasi;
- berbeza / berlainan dari awal eksperimen lagi
c. Pembolehubah bergerakbalas
- keputusan / hasil eksperimen

Alat radas biasanya bukan pembolehubah.

Cara Menulis Pembolehubah:
Mesti tulis parameter untuk setiap pembolehubah.

 Contoh 1: Parameter + bahan

Panjang spring
Ketebalan spring
Jenis spring
Isipadu agar-agar nutrien
Saiz koloni bakteria
Diameter koloni bakteria
Jenis antibiotik

Kehadiran asid etanoik
Isipadu lateks