Monday, February 15, 2010

Jauhi Valentine Day



Petikan dari kenyataan NGO ISLAM
"Wanita JIM Selangor ingin mengingatkan bahawa sambutan Hari Valentine bukanlah budaya yang dianjurkan oleh Islam dan usaha sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyarankan kempen yang keji ini sangat menyedihkan. Reaksi para pelajar berkenaan mengenai kempen tersebut jelas menunjukkan bahawa pemuda-pemudi di negara ini masih keliru dengan pernyataan cinta sejati dan tidak dapat membezakannya dari hawa nafsu syahwat. Golongan muda-mudi di negara ini harus diingatkan kembali agar terus menjaga maruah diri masing-masing dan tidak menggadaikannya dengan harga yang murah. Kelebihan akal manusia yang dikurniakan Allah s.w.t. sepatutnya digunakan sebaik mungkin dalam membuat pertimbangan mengenai baik-buruknya sesuatu tindakan.

Wanita JIM Selangor berharap agar semua pelajar wanita terutamanya golongan Muslim menjauhi promosi ini dan tidak diperbodohkan oleh saranan dangkal tersebut. Kempen ini jelas bertentangan dangan ajaran Islam dan bercanggah dengan amalan murni dalam masyarakat madani.

Wahai para gadis, jangan cemari intelektual dan maruah anda dengan menyertai promosi keji ini!"

Dr Ruziaton Hasim

Ketua Wanita JIM Selangor

No comments:

Post a Comment