Friday, July 30, 2010

Google Earth membuktikan kebenaran Rasulullah SAW

Oleh: blalang

"Sungguh Kami ( sering ) melihat mukamu mengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai.Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.

Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani ) yang diberi Al Kitab ( taurat dan injil ) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan. (Al-Baqarah : 144)




Ketika semula arah kiblat mengarah ke Baitulmuqaddis, Rasulullah SAW, pada tahun kedua hijrah,ketika beliau di Madinah Al-Munawarah diperintah oleh Allah SWT, bahawa arah kiblat harus diubah iaitu mengadap Masjidil Haram di Mekah Al-Mukaramah. Sejak itu, Masjidil Haram menjadi kiblat untuk semua muslim dan sejak saat itu Islam terus menyebar dan dengan pertolongan Allah SWT Islam meraih kemenangan, dan orang2 memeluk agama Allah(Islam) secara berbondong2 dan sehingga orang2 Yaman menjadi muslim.

Setelah itu, Rasulullah saw mengirimkan mereka (orang2 Yaman) guru untuk mengajarkan mereka tentang agama. Maka Ali bin Abi Thalib ke Hamdan dan Muath ibn Jabel ke Janad dan ia mengirim utusan2 ke Sana’a(Yaman) . Dan diantara utusan2 itu, adalah Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee yang diutus sebagai pelindung (Sana’a) kemudian memerintahnya untuk membangunkan mereka sebuah masjid dengan ketentuan yang Rasulullah saw telah tentukan sendiri.

At-Tabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat berkata : “Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee berkata : “Rasulullah SAW berkata padaku : ” jika kamu mendirikan masjid di Sana’a, bangunkanlah dikanan sebuah gunung bernama Deyn.” Al-Hafez Al-Rahzey dalam buku nya “History of Sana’a” mengatakan, Rasulullah saw yang memerintahkan Wabribn Yuhanas Al-Ansarey ketika ia mengutusnya ke Sana’a untuk menjadi pelindung berkata ” Panggillah mereka kepada Iman (kepercayaan/untuk membuktikan kebenaran). Jika mereka mentaatimu tentang hal itu maka aturlah mengenai solat. Jika mereka mentaatimu mengenai hal itu,bangunkanlah masjid di taman Bathan, di mana disitu ditemukan sebuah batu di Gamdan dan arahkan ke sebuah gunung bernama Deyn.” dan Al-Rahzey berkata: ” Rasulullah saw menulis kepada Wabr untuk membangunkan dinding Bathan masjid dan mengarah ke Deyn.”

Dan 14 abad setelah kejadian itu, roket-roket dibuat dan mereka dapat melintasi jarak2 yang jauh (ke angkasa) membawa satelit-satelit.

Demi bintang ketika terbenam.
kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
An Najm (Bintang) : 1-4

Satelit-satelit membuktikan kebenaran Rasulullah saw.

Sebuah research yang dilakukan syeikh Abdul Majid Al-Zandaney melalui Google earth, video tersebut menampilkan wilayah Sana’a dan kemudian di zoom in sehingga tampak sebuah Masjid besar (Masjid Agung) yang dibelakangnya ditemui Masjid Sana’a yang dibangun atas perintah Rasulullah saw yang sekarang dibatasi oleh batu Mulallamah seperti yang digambarkan Rasulullah saw.Kemudian video tersebut menampilkan mesjid Sana’a, yang dibangun atas perintah Rasulullah saw, dari dekat.

Dalam video tersebut dibuat semacam sebuah garis kuning yang dimulakan dari kiblat Masjid Sana’a yang mengarah ke gunung Deyn, garis dari kiblat Masjid Sana’a ditarik ke arah PUNCAK gunung Deyn dan tampak garis itu melalui camp militer..maka terbentuklah sebuah garis lurus melintang dari kiblat Masjid Sana’a ke puncak gunung Deyn.

Dan kita diajak untuk meneruskan arah garis kuning itu lurus — benar-benar garis lurus — terus ke arah barat laut ke luar dari batas negara Yaman. dan Subhanallah.. Ternyata garis itu menuju ke mekah. tidak hanya itu, tidak ke tempat lain, garis itu tepat menuju Masjidil haram lebih dari itu, ketika di zoom in, tidak ke bahagian masjid yang lain,garis itu tepat menuju Kaabah tanpa meleset ke arah pusat Kabah.

Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Aku bersaksi bahwa Muhammad itu utusan Allah.

Jarak antara Sana’a ke Mekah sekitar 815 km dan jarak dari Sana’a ke Gunung Deyn adalah 30 km.

Tidak ada satu pun manusia di bumi dapat menggambar sebuah garis lurus dipermukaan bumi antara dua wilayah yang begitu berjauhan, kecuali dengan bantuan peta yang sangat detail, yang sekarang dapat dibuat dengan adanya kapal terbang dan satelit, dan ilmu pengetahuan tentang garis bujur/garis lintang/ketinggian tanah dll. Dan Rasulullah SAW, 14 abad lalu, tidak menggunakan semua itu.

Subhanallah.

Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
An Najm :3-4

Inilah videonya



Youtube kena block? Boleh download full video atau mainkan di web:

Google_earth.mp4

Anda boleh cuba sendiri via google earth…

Simbol yang Places of Interest >> Geographic Features >> Mountain jangan lupa letak nama gunung di atas.

dipetik dari Tranungkite online

Wednesday, June 2, 2010

Modul latihan semasa cuti sekolah

Salam,

Apa khabar semua.
Cikgu baru upload modul latihan 4 (Rajah sinar kanta cembung).
Diharapkan semua murid cikgu dapat download dan cetak seterus buat dan hantar bila buka sekolah naanti.

Selamat bercuti dari pergi sekolah, teruskan study

Sunday, May 23, 2010

Scientific skill : Observation (Pemerhatian)

Menggunakan deria (dengar, lihat, rasa, bau dan sentuh) untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu gerakbalas eksperimen atau fenomena.

Dalam menjawab peperiksaan SPM, pelajar mesti menulis apa yang dilihat dalam bentuk perbandingan.
Biasanya ia adalah hasil /keputusan eksperimen atau merujuk kepada Pembolehubah bergerak balas.

contoh ; Lekuk P lebih dalam berbanding lekuk Q.

Monday, May 10, 2010

Kemahiran membuat hipotesis

Hipotesis ialah satu penyataan umum tentang hubungan antara pembolehubah dimanipulasi (PM) dengan pembolehubah bergerak balas (PG) dan penyataan tersebut boleh diuji.

Kebanyakkan guru mengajar pelajar membuat hipotesi dengan 2 format iaitu;
a) semakin (PM) semakin (PG)
b) Jika (PM) maka (PG)
sebanarnya hipotesis boleh ditulis tanpa semakin atau jika maka. Yang penting ada 2 pemboleh ubah.

Format semakin .. semakin , sesuai digunkan jika ujikaji melibatkan nombor.

...akan bersambung.

sekian

Thursday, April 29, 2010

Manipulasi dari laman sosial

Assalamualaikum wra wba

Anak murid cikgu sekalian,
cikgu lihat kebelakangan ini ramai dah ada akaun dalam laman sosial. Satu perubahan yang positif.
Perlu diingatkan agar berhati-hati mendedahkan maklumat maklumat peri badi kita agar tidak ada orang yang dapat mengambil kesempatan kemudahan internet untuk memanipulasi dengan niat jahat ke atas kita. Terutama remaja perempuan.

Jangan kita dedahkan gambar kita yang tidak menutup aurat dalam laman sosial. Jika ini berlaku seolah-olah kita sengaja mencari dosa free. Ramai remaja dan muslimah telah diaibkan akibat keterlanjuran sendiri dan keseronokan bersosial di laman sosial.

Ingat!!! jangan kita merana akibat kelalaian kita.

Tuesday, April 13, 2010

:: Jawapan Modul 3 ::

a) Apabila guna rod kuprum, mentol menyala kerana kuprum boleh mengalirkan elektrik

b) Saiz rod

c) Logam adalah bahan yang membolehkan mentol menyala

d) Jarum ammeter bergerak

e) Tanda pada Can dan Medal

Wednesday, March 10, 2010

Budaya hedonisme merosakkan remaja Islam

Apa itu budaya hedonisme ??
Hedonisme menurut pengertian kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup..Manakala Drs Sudarsono dalam bukunya Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja terbitan Bina Aksara pula mengatakan Hedonisme sebagai doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan. Ia beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah mendatangkan kelazatan atau nikmat.. Dalam Erti kata lain mereka beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan merupakan tujuan akhir hidup.
Dengan falsafah yang menunjangi fikiran remaja, remaja akan sukar untuk mengikut cara hidup mengikut lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam. Sedarlah remaja... kembali kepada tujuan utama kita dijadi. Tujuan kita dicipta adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Baca lagi....