Wednesday, March 4, 2009

Kes buli di sekolah

Bersama ini saya serta luahan rasa seorang bapa yang ananya dibuli:

salam,

Anak saya di buli, di belasah , disepak terajang dll oleh 8 orang ( form 5 & form 5 ) sebab dia tak mahu tolong mengaku rokok mereka dalam beg anak saya .

Ibubapa mereka merayu saya tarik balik laporan polis kerana menjejaskan masa depan anak, masak kena dengan polis, dll.

Ibubapa mereka ada orang biasa, ahli jamaah dan seorang anak polis.

Saya TAK KAN tarik balik atas alasan berikut :

1-anak saya alami 32 kecederaan tidak termasuk kederaan dalaman.
2-mereka siap pakai kasut dan ikat elok2 sebelum tarik anak ke penjuru bilik asrama. DENGAN NIAT tu !
3-Doktor kata, kalau tepat kena dan anak saya melawan.., dia mungkin mati dan saya baru sahaja buat kenduri arwah. Polis pun kata begitu.
4-anak anak trauma, lesu dan pasti ambik masa 6 bulan? setahun?..dll utk pulih sepenuhnya.. , hilang harga diri?..
5-sebelum ini mereka juga telah gunting rambut anak saya bagi tobek-tobek sebab tak nak masuk geng hisap rokok... tapi pergi kelas tak nampak rambut tu kerana pakai kopiah ...
6-TIGA orang pembuli itu adalah dibuang dari DUA sekolah lain sebelum ini. Ini sekolah ketiga. Mangsa yang lalu mungkin tak tegas, bagi muka bila dipujuk. Ana tak nak orang lain jadi mangsa kerana budak ini akan teruskan begitu bila membesar..
7-Selepas warden mengawasi pukul 2 --3 pagi, baharu mereka buat kerja itu.Jam 4 PAGI. makna kata mereka ranacang sungguh2...
8-Sekolah tempat kejadian dikira sangat baik dari segi tarbiah sahsiah hinggakan SEMUA seluruh kampung juga jadi ''spy'' melapor pada pihak sekolah akan tingkah laku pelajar yang negatif. Jadi ana tak nak isu ini JADI BARAH dan mencemar nama sekolah lebih teruk jika ada yang maut nanti...
9-Pembuli kata bahawa mereka akan datang balik ke asrama bawa geng utk repat apa yang mereka buat kalau anak ana lapor polis...
10-Bukan anak ana sahaja kena. banyak kes lagi. Contohnya: ada seorang pelajar tingkatan 3 @ 2 telah disuruh ketuk ketampi 1000 kali kerana murid itu terpaksa cakap siapa yang makan nasi dalam asrama. Mangsa hanya dapay buat 600 kali saja dan berlaku ''blood clot'' pada lututnya...


Memang la mak ayah mereka susah hati dan payah, dll. Mereka juga ada yang ahli jamaah....tapi baru dua hari rasa susah .. TAPI ana dah seminggu tak menentu kerja. Isteri pun trauma juga kena tempias. Seminggu urusana sekolah, polis, asrama, doktor, masa, penat, melawan NAFSU MARAH, stress, dll..

Ana tetap dengan pendirian teruskan kes ini. SALAHKAH SAYA?...

JZZK semua.

IKJ.

1 comment:

  1. assalamualaikum cikgu..
    saya benar2 simpati terhadap apa yang menimpa anak cikgu..
    saya setuju dengan tindakan cikgu..
    boleh saya tahu anak cikgu bersekolah di mana?

    ReplyDelete