Tuesday, March 3, 2009

Dairi seorang guru

Hari in 2 Mac 2009 Isnin, aku mengulangi hari-hari semalam sebagai seorang guru di sebuah sekolah dipinggir bandar. Bermula seawal 6.40 am keluar dari rumah terus menghantar anak-anak ke sekolah mereka. 7.30 am mengajar di kelas pertama, 8.30 am sarapan pagi dikantin sekolah, 9.30 am mengajar dikelas kedua, 10.10 am on laptop untuk mengisi markah murid( sebagai guru peperiksaan) dan 11.10 am mengajar dikelas ketiga 12.30 pm pergi ke pejabat untuk lihat surat. Terima surat dari PKG , borang maklumat peralatan ICT yang perlu dilengkapkan. 1.25pm ke surau untuk sembahyang zohor berjamaah. 2.00 pm sambung kerja mengisi markah ujian TOV sampai jam 3.30pm. Penat .. tutup laptop bersiap untuk pulang. Pergi ke sekolah anak-anak. Anak darjah 6 ada kelas tambahan sehingga jam 4.30 pm. Jam 5.00pm bersama anak-anak singgah dipasar malam cari makan malam (isteri tak sempat masak kerana ada mesyuarat guru hingga jam 5.00pm). Jam 8.15pm mula mengajar semula kelas tambahan asrama. Jam 10.40pm baru sampai dirumah semula . Itu rutine seorang guru

No comments:

Post a Comment