Sunday, March 1, 2009

Mikroorganisma



Mikroorganisma, juga dikenali sebagai Mikrob, merujuk kepada organisma hidup sama ada tumbuhan atau haiwan seni yang tidak dapat dilihat dengan jelas melalui mata kasar tetapi boleh dilihat dengan mikroskop tertentu sahaja. Ini membuktikan bahawa saiz mikroorganisma lebih kecil daripada 100 mikrometer. Contoh-contoh mikroorganisma termasuklah virus, bakteria, protozoa, kulat dan alga.
Mikroorganisma hidup di sekeliling kita seperti udara, air, tanah, dan pada sebarang objek. Kewujudan mikroorganisma telah mewujudkan satu alam yang baru iaitu, Monera. Sebelum kewujudannya, biologi dibahagikan kepada dua alam sahaja, iaitu haiwan dan tumbuhan.
Antara ciri mikroorganisma, yang paling penting ialah ia membiak dengan cepat dan menghasilkan zuriatnya dengan banyak dalam tempoh masa yang singkat.
Sesetengah mikroorganisma membawa penyakit kepada manusia, haiwan, dan tumbuhan. Mikroorganisma ini dikenali sebagai patogen. Walaubagaimanapun, terdapat juga mikroorganisma yang membawa manfaat kepada alam kita.

No comments:

Post a Comment